Followers


Search This Blog

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

:: Checklist Barang baby ::

wuhuuu...sedang mengecek barang2 baby..


Barang-barang bayi :
1) Baju bayi
2) Sarung tangan dan kaki bayi
3) Selimut bayi
4) Lampin @ pampers 
5) Barut
6) Tuala 
7) Mandian bayi
8) Tab mandi bayi
9) Tilam @ toto bayi @bantal bayi
10) Katil (tak perlu sangat pon, takde pon xpe)
11) Kelambu bayi
12) Buaian
13) Minyak telon @ minyak bayi 
14) Beg mudah bawa barang-barang bayi
15) Kereta sorong bayi
16) Botol (bukan untuk susu formula ye... tok isi air masak )
17) Tisu basah
18) Pengorek telinga
19) Tuam @ tungku bayi

Barang-barang Ibu..

1) Pad ibu bersalin herba @ yg mana selesa
2) Pelapik coli @ pad susu
3) Coli @ baju dalam menyusu
4) Spender yg sesuai @ gelung pad ibu bersalin
5) Ubat-ubatan berpantang
6) Barut
7) Stokin
8) Tungku

Barang-barang Yang PERLU dibawa untuk ke HOSPITAL..

1) Baju bayi ~ 2,3 helai
2) Selimut bayi ~ 2 helai
3) Sarung kaki dan tangan 2,3pasang
4) Tuala 1, 2 helai
5) Lampin @ pampers
6) Minyak telon
7) Mandian bayi
8) Barut bayi 5,6 helai
9) Pengorek telinga (untuk cuci pusat)
10) Bantal bayi
11)Pad coli
12) Pad ibu herba @ ibu bersalin
13 Tuala ibu
14) Baju
15) Kain batik
16) Stokin
17) Spender @ seluar dalam @ gelung pad
18) Coli @ baju dalam menyusu
19) Selipar
20) Barut (bg yg bersalin normal, dah boleh stat pakai, yg xnak pon xpe..)
21) Sikat, bedak, sabun, syampoo, berus dan ubat gigi
22) Buku MERAH
23) Kad pengenalan ( IC )
24) Tisu basah

tq sis putridmummy :)

Tuesday, July 17, 2012

:: can u be my imam :) ::

sooo sweet lah :)



cc : Amirul amin Bin. Alladad :)

Friday, July 13, 2012

:: INSYAALLAH ::




Monday, June 25, 2012

:: kalau dah jodoh,xkemana ::


aku pernah dengar dulu2 ustaz aku bgtau,tapi aku xingt la ade ke dalil yang mengatakan sekian sekian sekian..

Jodoh ditentukan oleh ALLAH sewaktu kita berumur 4bulan didalam kandungan ibu..

:)




Thanks Allah..for jodoh, rezeki,kebahagian,dan semua2nya yang telah kauberikan...
Dunia hanya pinjaman dari Penciptanya,..Syukur padamu Ya Allah...

Thursday, June 21, 2012

:: Hukum Ingat kekasih lama ::


Apa hukum ingat kekasih lama?

UIA jawab : ini soal hati..sedangkan selpar jepon kita hilang pun teringat2..



selipar jepon

kekasih lama...
mane nak same ustaz?nampak x mane lagi sedap mate memandang?hahahaha..

haduhh,memang aku cari2 kekasih serupa si aqasha ni..haha..cine look gituuu...

yang dapat..xde la cine look sgt..tapi boleh la..boleh laaa..bolehhhhh :P

yehuuuu...i love that guy :)...love you cz Allah...



betol la ustaz ckp..ini soal hati...memang betol ustaz...soal hati sangat2....
:))


Thursday, May 24, 2012

:: Amalam Bulan Rejab ::






AMALAN BULAN REJAB


~ Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
di ampunkan dosanya yang lalu.
di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.



Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

~ Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.

Wednesday, April 4, 2012

:: achommm..alhamdulillah ::


Monday, March 5, 2012

:: menangis dan sebabnya ::

sekadar ingin berkongsi :P



Kaum Wanita lebih sering menangis dari kaum lelaki dan ini membuatkan mereka lebih penyabar dari lelaki kerana selalu membebaskan diri dari tekanan.



Thursday, November 17, 2011

:: Kecik,tapi dielah segala-galanya ::


Ginjal tanya jantung..."syg di mana?" Jantung jawab tak tahu.. Jantung pn tny paru-paru.. "syg di mana?" paru-paru ckp tak tahu.. Paru-paru tanya hati "syg di mana?" Hati pun jawab "syg ada kat sini..." Ginjal, jantung,paru-paru hairan... "kenapa syg ada dihati?" ...hati jwb... Hati dipilih oleh ALLAH utk memiliki syg.. Kerana syg...hati rela menangis,hati rela dilukai...dan kerana syg hati rela berkorban.

Wallahualam,
Hati oo hati..kecik,tapi besar maknenyer...

Saturday, November 12, 2011

:: hidup kita mulia & bahagia di dunia & akhirat ::



Sahabatku, aminkan doa ini agar hidup kita mulia & bahagia di dunia & akhirat, "Ya Allah, jadikanlah setiap tarikan napas kami adalah kecintaan kepadaMu, jadikanlah motivasi kami dalam hidup ini memberi manfaat sebanyak mungkin bagi keluarga & umat serta jadikanlah tujuan hidup kami untuk memperbaiki diri kami, keluarga kami & umat menuju ridhaMu hingga akhir hayat kami dengan khusnul khotimah dalam pelukan Kasih SayangMu."

Wednesday, November 9, 2011

:: doa untuk ketenteraman hati ::




Sahabatku, aminkan doa ini untuk ketenteraman hati anda, maafkan orang yg bersalah pada anda, ikhlaskan, pasrahkan kepada Allah, "Ya Allah, meskipun kami marah & kecewa tapi kami memaafkan dia, kami ikhlas menerima kemarahan kami ini, kami pasrahkan kepadaMu ketenteraman hati kami, kami pasrahkan membaiknya hubungan kami dengannya.

Sunday, October 30, 2011

::menangani kemarahan ::

Menangani Kemarahan 

Apakah itu marah? 
• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal 
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak 
terkawal 

Apa yang berlaku apabila anda marah? 
• Degupan jantung meningkat 
• Tekanan darah meningkat  
• Pernafasan menjadi cepat dan pendek 
• Mengalami ketegangan otot-otot 
• Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan 
badan terasa kuat dan pantas 

Bagaimana perasaan marah timbul? 
Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca  daripada seseorang, 
sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda.  
Kemarahan boleh berpunca dari  faktor luaran  apabila seseorang atau suatu peristiwa yang 
menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.  Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat 
sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.  
Kenapa anda merasa marah? 
Anda terasa marah apabila  tidak dapat mengawal atau menggubah  sesuatu yang anda 
benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang 
sederhana.  
Tuntutan atau permintaan di luar batas  kemampuan anda untuk melaksanakannya akan 
mencetus keadaan marah yang lebih teruk.  
Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi 
terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah akan 
menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda 
terlewat untuk menduduki peperiksaan.  
Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda. 
Perasaan marah akan menjadi lebih teruk  jika mempunyai anggapan negatif dan tidak 
rasional.  

Apakah kebiasaan punca kemarahan? 
• Dicederakan 
• Ditipu 
• Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan 
• Terbiar tanpa diendahkan 
• Hilang upaya mengawal 
• Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan
Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah? 
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi 
terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. 
Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk 
melawan atau mempertahankan diri. Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan 
diri sendiri.  

Kenapa perlu mengawal perasaan anda? 
Undang - undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda 
meluahkan perasaan marah anda. Ingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda 
melanggar undang - undang dan tersisih dari masyarakat. 
Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami luka 
secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain, sekiranya keadaan berlaku suasana 
perasaan marah yang tidak terkawal.  

Apakah kesan marah kepada anda? 
Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri.  
Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- 
mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda 
sendiri.  
Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan 
dengan jalinan perhubungan.  
Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:  
• Bersifat negatif 
• Suka mengkritik 
• Bersifat mengejek/ Suka menyindir 
• Bersifat ganas 
Bagaimanakah anda menerima kesan buruk akibat 
perasaan marah anda? Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan 
anda terasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan 
tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali).  
Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, 
penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok).  
Gangguan psiko logikal boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.  

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda? 
3 cara yang anda boleh lakukan iaitu: 
• Meluahkannya 
• Menahannya 
• Menenangkan diri 

Bagaimana anda meluahkannya? 
Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara 
yang paling terbaik dan berkesan. 
Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai 
sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan 
orang lain. 
Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud 
menghormati diri anda sendiri dan orang lain.  

Bagaimana anda menahannya?  
Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan 
pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah 
anda kepada perilaku anda yang lebih membina.  
Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan  ialah ianya boleh menjejaskan diri anda 
sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit 
gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan. 

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?  
Anda boleh menenangkan diri anda dengan  mengawal perilaku luaran dan tindak balas 
dalaman anda: 
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda 
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat 
diturunkan 
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda 
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan 
kepada pemikiran positif dan membina 
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya 
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah 
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda 

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah 
daripada marah? 
Kenali diri anda sendiri. Buat  catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan 
bagaimana anda dilanda perasaan marah dan  cara anda mengatasinya. Apabila anda telah 
mengenali diri anda, anda mampu melakukan  perkara - perkara yang dapat mengurangkan 
kemungkinan anda menjadi marah. 
Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:  
• Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda 
• Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah 
• Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah 
• Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya 
anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti 
• Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah 
dengan:  
o Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap 
o Membina daya ketahanan diri terhadap stres 
Senaman / latihan kelegaan yang dilakukan dengan kerap boleh membantu mengurangkan 
cetusan kemarahan Bagaimana menangani kemarahan orang lain? 
Kenal pasti perasaan marah mereka.  
Tenangkan diri anda. 
Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam. 

Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah? 
Berwaspada terhadap hal - hal yang boleh menyebabkan orang lain marah 
Elak lakukan perkara - perkara yang biasa membuat orang lain marah 
Di manakah anda boleh mendapat pertolongan: 
• Ahli keluarga 
• Kawan 
• Guru 
• Kaunselor 
• Pakar Psikologi 
Capaian berkaitan: 
• Ketegasan
• Kemahiran komunikasi  
• Membuat keputusan  
• Fahami personaliti anda  
• Kemahiran berunding  
• Pemikiran positif
• Penyelesaian masalah
• Ketenangan  
• Pengurusan stres



---------------------------------------------------------------------

ok aku memang tengah marah ni~


*errr,*


Saturday, October 29, 2011

:: Kisah Pisang Dan Hati (Sila baca apabila kebencian selalu bertakhta di hati) ::

Kisah Pisang Dan Hati (Sila baca apabila kebencian selalu bertakhta di hati)









Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Note :

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

















aku copy n paste jer



Thursday, October 27, 2011

:: petue kuku cengkam >> aduiiii tolong tolong tolong,sakit ::

3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?

Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.


Cuma 3 cara di bawah saja yang saya pasti. :)


#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)


1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.

2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.

3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.

4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.



#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.


i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.


ini bukan keembung putih, tapi keembung ungu. carilah daun keembung putih yer
Gambar hiasan - Wikipedia


ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.

iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.

iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.

v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.



#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.


Caranya begini;


a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.

c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.

d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.


Begitulah 3 cara yang dapat saya kongsikan kat sini. Semoga anda yang menghadapi masalah ni segeralah mempraktikkan salah satu rawatan kuku di atas. Kalau anda ada cara lain, silalah kongsikannya di ruangan "ulasan" untuk manfaat bersama yer.


--------------------------------------------------------------------------------------------



errr errr tau x nape aku share mende alah ni??haiiyooo,kelmarin aku potong kuku,cinabet betol,terpotong slah..kuku aku ni memang jenis ke dalam,xmacam org lain,kuku same rate ngan isi kan...huhu kuku aku ni memang pesen ape pon aku xtau la...tapi tetap syukur :))....ade kaki!....

bile dah tersalah pototng,ade la part kuku yang tertinggal kat dalam isi tu..OMG sakit okey...sakit sangat....
semalam kemas bilik,ade aje la besi ape ntah jatoh tepat2 kat ibu jari kaki aku tuuuu...huhh serius rase nak nanges weyh....wuwuwuuwuuwuw~

betol ke org cakap kuku cengkam tu orgnyer pengotor?????hoiiit,tgk la dulu kuku tu kenape,kalau salah potong tu kire pengotor kerr??kuang ajaq la tu...yup,aku memang penah nampak org2 yang kene cagu tapi xngaku kene cagu,,eeeeeeee kotor..ibu jari bernanah,,pastu buruk lak tu rupe die...

aku nye ibu jari ni,punye la aku jage...jage betol...tapi terlampau jage sampai la jadik cnmni..huhuh sedeh!!...aku b4 ni pon penah jugak kene.ade la dekat setahun x kene ni,ni kene pulak,,rase nak pkai kasot tuu adiuu sakitnyer,nak berjalan pon malas..ni sambil2 wat keje + tande buku budak + update belog > aku sambil rendam kaki ngan air suam + garam ....ntah aku pon xtau pe fungsi..huhuhuu...

 >>kite google..sori n thanks...cengiini la rupe die

>>rendam kaki :))

wuwuwwuwuuww..aku dah bubuh minyak gamat,dah congkel2 isi kuku aku,pon x ok jugak,,wahh sedih n sakit gile..alallalalla,air dalam mangkok ni pon dah nak sejok,,baik aku angkat kaki,cuci kaki :))..ni kuku tgh lembot..ayuh,usahekan:))



psttt >> hati2 ye korang bile potong kuku :P

Saturday, October 15, 2011

:: sekadar ingin berkongsi ::

as a reminder of our shared.... :)

Rasulullah (صلى الله عليه وآله وسلم) was never reported to have laughed out loudly (LOL) even once. Whenever Rasulullah (صلى الله عليه وآله وسلم) found the need to express his happiness, he would smile out quietly (SOQ).

SubhanAllaah!
Today we claim to love Rasulullah (صلى الله عليه وآله وسلم) more than any one else, but when we find the need to express our happiness in writing, all we end up doing is to write this absurdity in the likes of LOL (Laugh out loudly), which explicitly goes against the established Sunnah of Rasulullah (صلى الله عليه وآله وسلم).

Narrated 'A’isha (Radhi Allaahu ‘Anha):
“I never saw Rasulullah (صلى الله عليه وآله وسلم) laughing loudly enough to enable me to see his uvula, but he used to smile only."

(Bukhari Book 60 Hadith 353)

Hence,
RaTher Than using LOL (Laugh out loudly),
The Sunnah way of expressing your joy in writing, is to use SOQ
(Smile Out Quietly) :)

Thursday, October 6, 2011

:: jerawat ke bisul,sakit woooo ::

Bisul 
Pengenalan  
Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.  

Apa Itu Bisul? 
Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia 
biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal 
peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung 
(carbuncles) tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak. 

Apa Penyebab Bisul? 
Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada 
mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil 
Staphylococcus aureus. 
Siapakah Yang Berisiko Mendapat Bisul? 
Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah : 
• Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.  
• Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.  
• Atopy (alahan)  
• Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.  
• Sistem imuniti badan yang lemah seperti pembawa HIV  
• Kurang zat makanan  
• Pesakit diabetis.  
Apakah Tanda-tanda dan Gejala Bisul? 
Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti: 
• Nanah di bahagian tengah bisul  
• Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut  
• Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti  
• Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.

 Bagaimanakah Mendiagnosa Bisul? 
Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya. 

Bagaimanakah Merawat Bisul? 
Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak 
tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. 
Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.  
Rawatan termasuk : 
• Anti-biotik yang bersesuaian (semasa)  
• Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah  
• Pemberian ubatananti-biotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya  
• Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah 
Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang 
bahaya. 
Bagaimanakah Bisul Dapat Dicegah? 
• Menjaga kebersihan diri dengan baik  
• Pastikan kulit sentiasa bersih  
• Basuh tangan sebelum menyentuh muka  
• Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian 
Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana 
ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah 
Prognosis (Harapan Untuk Sembuh) 
Harapan untuk sembuh bagi bisul adalah baik. 

-------------------------------------------------------------

erkk nape cite pasal bisol ni..ngeee :P...
u olls,macam ade bisol la kat punggung saye..yeke bisol??
ke jerawat..jerawat suke ati kan bleh hidop kat mane2? kan???
errrrr sakit woo walaupon besarnye cume sebesar tahi lalat atas bibir aku ni ha..ermmm

 ceeee teka,ni jerawat ke bisull..ouchhh!!!