skip to main |
skip to sidebar
Sharing is caring :))
PETUA UTK DAPAT ANAK LELAKI & PEREMPUAN
1. MELALUI PEMAKANAN
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit
puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di
Por Royal Hospital, Paris, mendapati:
i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu
Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut
pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara
75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti
pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi
65, 60 dan 55 peratus
2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang
diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu
bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam
tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut
untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat
satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan
masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung
berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam
benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki
yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan
menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang
berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan
XY iaitu anak lelaki.
Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan
pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat
hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak
perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.
3. TAHAP KEASIDANAN
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.
i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan
asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan
sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.
ii. Untuk
mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali.
Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan
“bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.
4. TAHAP KEPUASAN ISTERI
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang
tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia
mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan
meransang pergerakan benih Y.
ii. Untuk mendapat anak perempuan
pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan
keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.
Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh
merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara
70 - 80 peratus,
1 komen lagi:
kemain ko ehhhh...
Post a Comment