Followers


Search This Blog

Tuesday, May 28, 2013

:: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan


-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Dipersilakan SHARE

Monday, May 20, 2013

:: khamis ni kite terbang be2 ye syg ::

Pagi ni masok2 opis je tgk ade status mak budak ni.die ckp 

" horey,sekolah 4hari..pastu cuti ye nak"

hamboih..apekes cuti plak?untongla budak sekolah..

aku terus tanya angah..

"jumaat cuti ke?ke sekolah je cuti ?"

Angah n azah jawab saing..

"haa,memang la cuti..wesak day"

pehhhhhhh,nape xbgtau awal2..haha sengal betol.kalau tau dah lame aku book tiket..
aiseh..
terus laju je login air asia..tengok2..tiket rm97 pegi sahaja..yg ade pulak 23 mei pagi n tengahri..
aiseh,gua keje dong..xkan mau cuti..huwaaa...

xfikir pnjg.terus bookd..so amek flght kol 12:50pm..
totak RM 110.50..

terus msj suami 

"syg nak kompemkan tiket ni..rm 11-.50 plus insurans..boleh?"

suami reply " ok cun,boleh"

aku reyly " boleh ke?pegi je tau?"

suami reply "ok,boleh syg"

ok....



yeay...khamis ni mak baby n baby balik kl jumpe abah baby..hihiih..

rinduu ni..rindu sgt

so terang2 la khamis ni mintak halfday..adeh sape nak anto g airport ni..adeii..



Friday, May 17, 2013

:: Jus Delima Gulsan,yuhuuu ::



Yuhu..Berkobar2 arini time lunch hour g U mall..
Semata2 nak g beli jus Delima..

Tadaaaaaa :))

 

Gigeh,balik2 opis je terus nak minum..hehe..gigeh jugak upload kat instagram..haha
laki aku mesti ckp aku poyo!

Ok,ni aku google sikit2 info Pasal Jus delima ..

Khasiat JUs Delima untuk Kehamilan - sumber asid folikJus delima adalah sumber asid folik yang penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Asid folik, juga dikenali sebagai folat, adalah penting untuk pembentukan sel darah merah dan DNA, yang mengandungi kod genetik tertentu setiap individu. Penyelidikan baru juga telah menunjukkan hubungan langsung antara tahap folat dan berat ketika lahir. Wanita dengan tahap yang lebih tinggi folat semasa awal kehamilan adalah lebih cenderung mempunyai lebih berat, dan oleh itu bayi yang sihat . Minum segelas harian jus delima hampir pasti cara yang paling mudah dan yang paling lazat untuk ibu mengandung untuk memastikan bahawa mereka dan bayi mereka mendapat 100 peratus elaun harian asid folik yang disyorkan.

  • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
    • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
    • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
    • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • MELINDUNGI OTAK BAYI
    • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Fakta: Di Iran, buah delima disarankan untuk wanita hamil kerana kaya dengan zat besi.

 psst : aku google rata2 harga die rm15..tadi aku beli rm18 engko..huhu..
takpe2,,ape saje untuk syg dlm perut ni..