Followers

Search This Blog

Saturday, June 23, 2012

:: puding roti sos kastad ::

Hari ni tadi bangun2 je tekak terase nak makan puding roti sos kastad..
wuwuuwwuu...lepas mandi terus g kedai cari bahan2..
arini kan cuti.so memang melapak saje la kat umah..memang best..


huhu...ni la rupe puding kastad hasil air tangan aku,,
huhu sedap doh,makan sejok2..kaw kaw rase die..

resepi aku google je..cedok sane sikit,sini sikit..ikot tekak la nak cmane kan..huhu..

* 4 biji telur
* 1 tin susu cair
* 1 kotak kecik susu full cream
* 3 sudu gula
* 1 sudu essen vanila
* 5 sudu butter (dicairkan)
* 4 keping roti butterscotch (untuk seloyang kecik)

lomorkan butter atas permukaan loyang.carik2kan roti masok dlm loyang..tuangkan butter yg telah dicairkan diatas roti,taburkan segenggan kismis..
di bekas yg lain,masokkan telur,esen vanila,susu segar,susu cair dan gula kedalam mangkok dan pukul sehingga sebati,jangan pukol smpai kembang ye,agak2 je,kite bukan nak buat kek pon :p

tapiskan adunan tu dan tuang dalam loyang yang ade roti tadi,pastikan roti tenggelam..panaskan ketuhar 170darjah selama 10minit,dah panas,masokkan loyang tadi dan tambah masa 45minit lg..

SOS KASTAD

* 2 sudu tepung kastad
* 1 kotak susu full cream
* 1 tin susu cair
* 3 sudu gula

masukkan kesemua bahan dalam periuk,gaul kan dengan api sederhana,kacau sehingga pekat dan likat :)..
sejukkan..

lepas 45minit,sejukkan puding tadi dan potong ikot suke,pastu tuangkan sos kastad tadi,hiaskan ikot KEHENDAK diri sendiri ...haha..

mudah kan...senang je rupenyer...

0 komen lagi: