Followers


Search This Blog

Wednesday, May 30, 2012

:: speeeechlesss dow bace msj ko ::


sob sob sob sob :')

 "sekejap je kan dah setahun ko jadi tunang mirul,xlame lagi jadi isteri org pulak..pastu jadi mak org pulak..ya allah mcm xcaye je ko nak kawen..nnti da kawen mst ko da lain kan..busy je..nak ajak kuor pon mst susah..time nak ajak kuar mesti nak g jmpe laki ko,balik umah MIL xpon ko balik palong...xpon laki balik nak spendtime ngan laki kalau korang pjj(perkahwinan jarak jauh) hehe..nak ajak kuar malam pon da xbole kot..maklomla da jadi bini org kurang manis kalau balik lambat xpon laki xizinkan...(minx2 mirul sporting kan)...amin!!!!!!! (opps mcm name amirul amin pulak)hehehe xdapat bayangkan..mesti ssh nak jmpe ko,raye pon xdpt nak jmpemaklom la banyak rumah nak g...ntah2 umah aku pon ko xdtg raye nnti..huaaa..sedeyyy..ko la kawan aku d saat aku sedey n gumbiraaa ko je yang paham aku...sob sobb sobb...adoi cite sedey pulakk..k la nak tidoo..."

send sms from ekin(my bestie) @3.06am ~Bukit Piatu ,Melaka...

bangun pagi bukak mesej dpt msj ni...huhuu rase nak nagis pon ade...tq kin.i love you so much :P
panjang gile mesej ko,ko amek mase bape lame nak create mesej ni.huhu....

ala kin,insyaallah pas kawen kite mcm selalu..memang la kene bagi mase utk semua2 tu..tapi kite tetap kawan dunia akhirat k...

segala rahsiaku ade padamu..segala rahsiamu ade padeku..ehh ade ke hehhee...



---------------------------------------------------------------------

aku xramai SAHABAT....cume ade la 3 4 org yg betol2 rapat gile2...haaaa dgn mereka2 ni la aku selalu ngadu nasib..huaaaa...setiap kawan ade kelemahan dan kelebihan.,.begitu jugak kita..

kita manusia biasa..kan kan kan :)

good nite :)

Monday, May 28, 2012

:: setahun yang lalu... ::

assalamualaikum...


28 mei 2011
alhamdulillah,harini genap setahun aku jadik tunang Amirul Amin..
rase mcm baru je dipinang,rase mcm baru je MaMa Amin sarungkan cincin..
rase memang baru je berpenat lelah ngan family semua utk majlis aku..huhu..ouhh BAHAGIANYA rasa...

ni yang buat nak jengah2 gambar masetunang ni hehe...nak tepek kat belog :)..
setahun dah,tapi masih segar di ingatan...

hantaran2 dari pihak pompuan...semua ni mak buat sndiri :)

mase ni debor2 sgt,tuhan aje yg tau..uuuuuuhuhuhu...

haaa,ni lepas tangan menggigil2 mintak disrungkan..ahaha xmalu betol kan...

cupcake from my bestie ...tq kak kin,...

alhamdulillah,tepat pukol 2.35pm 28 mei 2011 aku jadik tunang org :)

yaa,sesuatu yang xdisangka kan,dulu berkawan,kemudian bercinta,kemudian bertunang,dan lagi 5bulan InsyaALLAH..kami bakal diijab kabulkan...

Ya ALLAH,kau panjangkan jodoh kami,
kau berilah kami petunjuk hidup di dunia dan akhirat,
kau peliharakan lah Iman kami
kau permudahkanlah urusan kami..
Amin YaRabbal Alamin...



Counting days.................................................

i love you keranaMU ya ALLAH..


Thursday, May 24, 2012

:: Amalam Bulan Rejab ::






AMALAN BULAN REJAB


~ Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
di ampunkan dosanya yang lalu.
di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.



Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

~ Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.

Friday, May 18, 2012

:: wohoooo..makan sampai LEBAM ::




sebinier from langkawi..ahaha...makan sampai lebam okeyh :)








Wednesday, May 16, 2012

:: hilangnya doa seorang ibu ::

sobss sobs sobss...

sape layan cite ni tadi..kat tv9 ?


huhuu sumpah,menangis2 kesat2 air mate aku dok dalam bilik sorang2 ngadap tv ni..hhuhhuu...

mak,adiya sayang mak sangat2...

Ya Allah,panjangkan umur kedua ibubapaku,
Berikanlah kesihatan yang baik utk ibubapaku,
Jauhkanlah mereka dari sebarang malapetaka,
Sejahterakanlah hubungan mereka,

AMin Ya Allah...



:: 1st time buat Vanilla Oreo cheese Cake...sumpah sedap ::

wuwuwuwu...selamat ntah kenape tekak nak makan Cheese cake berkobar2..
huuhu..terus ggogle resepi..

haaa terus g Jusco g beli brg2 n bahan2 nak buat kek..huhu
ni memang main belasah je ni..

memang tawakal gile,haha jadik ke x jadik ke layan..
sorang2 je buat,pukul 10 lebih aku mule bertukang kat dapur,time tu semua orang dah tido kot...

so,gigehkan diri,bawak laptop ke dapor n PAP...mulekan..haha


Bahan tapak kek


• 1 bungkus setengah biskut oreo - di buang krimnya
• 50gm mentega cair

Bahan Filing:-

• 750 gm keju krim
• 4 sudu gula halus
• 1/2 sudu esen vanila
• 250ml whipping krim
• 15 sudu susu full cream..jenuhnya 
• Biskot oreo yg telah dikisar
• Krim biskot oreo


1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, jadikan sehingga adunan tu boleh dikepal2.. tekan padat ke dalam acuan .Lepas tu sejukkan dlm aisbox dalam 5minit..lepastuu buat filling dia

2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila,whipping krim,krim biskut yg diasingkan tadi . Putar hingga sebati. pukul dalam 3-4 minit gune mixer.

3. Masukkan biskut oreo, gaul rata. pukul lagi 2 minit..rehatkan adunan tu 2 minit..

4. Tuangkan kesemua bahan Filling, ke atas dasar kek tadi.

5. Lepastu hias kek ikot suke hehe…simpan dlm peti ais pastu makan..huhu

6. Kek ni xperlu dibakar..


Vanila oreo cheese cake..Don't judge's a cake by it interface,haha sbb rasa dia sumpah aku ckp sdp.xbaik main sumpah2 nanti mkn sumpah.tapi kalau dah sdp nak ckp cmane lg.ahaha...-mlm td pnye projek...

oo yeah ooyeahh...menjadi you..haha tahniah untuk diri sendiri..so pasni boleh buat utk mak abah...
jugak utk mama mertua hikhikhikk...

kol 6.30 ptg amin call...
Amin : kek dah siap?
Aku : oittt,baru balik keje laaa...
Amin : hahaha,ingtkan dah siap :P

malam kol 8.30 Amin sms..
Amin : camane kek?
Aku : belum buat,sibuk bungkuskan hadiah teacher's day budak2 ni..penat..
Amin : ooo hehe..ok syg..

pukol 11.30 aku mms die pic kek tu...
die cume reply lawa...hehe pandai awak..

alolaolaoalaoaoalaoa..kalau takat nak komen gitu je baik xyah sebok tanye2 dari petang tadi..ishhh..geram tol huhuhu...


ok,next mission~ nak belajar buat kek yang bakar2 pulak..wuwuwuwuw :))







Thursday, May 10, 2012

:: haha sumpah aku gelak guling2..tacing betol ::






alaaaaa,gurau sikit dah panik~

:: Thinking Of You ::


hari ni dok gile pusing2 lagu ni je..




" You're the best
And yes I do regret
How I could let myself
Let you go
Now the lesson's learned
I touched it I was burned
Oh I think you should know "


always thinking of you-Amirul Amin :')

Wednesday, May 9, 2012

:: bayi di dera..::


:'(

sane sini kan kalau kite bukak fb arini semua post,komen,pasal ibu yang pukul anak tu..ish2..xtau la nak cakap mcmane..tadi mase aku bukak video tu kat fb,awal pagi tadi,bos ade so xdapat nak dgr suare dlm vdeo tu,just tgk video je...mase tgk video tanpe audio tu pon aku dah menyirap satu badan..tghari time sume org xde dlm opis,baru aku bukak..

yarabbi...mane la hilang sifat kemanusiaan ko tu erk..mule2 aku tgk video ni,aku fkr ni mesti pengasuh ni...tapi lame2 org dokk sibuk bgtau,yang pukol tu ibu die sendiri...fuhhhh..lagi laaa rase naik hangin tahap beruang kutub tadi aku...ish2..

Dipukol.Dicubit,Ditampo,Ditendang,Dipiat telinga,Ditolak2 nye budak tu,mcm teddy bear je,,kalau betol la itu ibu die,xke ko rase sakit mase ko lahirkan baby tu..ya Allahhhhh~

.
.
..

.....

.

xsanggup rasenyer nak share video baby tu..xpelah..ramai2 doakan baby tu selamat dah SIHAT dan terus membesar...AMIN....

Tadi lepas Berita Tv3 terus msj Amin,nak tanye n cerita2 petangtadi die bz pulak..meeting katenye..yolah,malas nak kacau..so ni tadi msj2 ngn die...

Aku : Awak,tgk tak video baby kene pukul kat fb?sian kann :(
Amin : Tau,saya dah tgk tadi..xdee hati perot la pompuan tu..
Aku : Erm ape la,xsakit gaknye mase lbersalin..ish2..
Amin : tu bukan ibu die kot,xtau laa..mcm nursery..
Aku : kat berita ckp ibu..
Amin : yeke syg,ade kuar tv3 ?diorang dapat tangkap ke orang tu?
Aku : da dpt dah,bnde ni jadik bulan 11 aritu,kes mahkamah..n now ibu kene pnjara 18 bulan..
Amin : mental ke ibu die.??
Aku : lebih kurang kot..mintak dijauhkan kan awak kan...
Amin : yer awak <3


Tuesday, May 8, 2012

:: dURIAN DURIAN.....dURIAN dURIAN ::

REZEKI MAK ,ABAH DAN ANAK2..HHIIIIII..SYUKUR :))













Perdana Menteri buat pengumuman ganjaran tanda penghargaan kepada peneroka setia memajukan ladang

JERANTUT: Hari ini peneroka FELDA akan menerima berita gembira mengenai jumlah ‘durian runtuh’ yang dijanjikan kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada mereka mengusahakan ladang sawit dan getah sejak 40 tahun lalu.

Difahamkan, jumlah yang bakal diterima 112,635 peneroka berlipat kali ganda lebih tinggi daripada wang Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyamai kadar menunaikan umrah di Makkah sebanyak dua kali.
Ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan lebih 30,000 warga FELDA dari seluruh negara sempena perhimpunan raksasa warga FELDA, di FELDA Jengka 8, di sini pagi ini.

Pemberian durian runtuh secara tunai itu bagi memenuhi janji kerajaan ketika pengumuman Bajet 2012 dan sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, bulan depan.

“Ia sudah semestinya akan lebih daripada wang BR1M sebanyak RM500,” kata sumber dalaman FELDA sambil memberi jaminan bahawa walaupun mendapat durian runtuh, semua insentif yang dinikmati selama ini seperti duit raya, bonus, pinjaman membesarkan rumah dan perumahan generasi kedua akan diteruskan.



Sumber itu berkata, ia bukan setakat memberi manfaat kepada peneroka, malah isteri, anak dan cucu, termasuk generasi kedua, ketiga dan keempat peneroka FELDA serta pekerja dalam sektor perladangan kelapa sawit yang dianggarkan berjumlah dua juta orang. 
“Ia akan dibayar lebih daripada dua kali kerana jumlahnya yang besar. Terpulanglah kepada peneroka bagaimana mereka mahu menggunakannya untuk keluarga dan masa depan,” katanya.



Sumber itu juga menjelaskan wang durian runtuh itu diperoleh menerusi pelbagai sumber dana dalaman FELDA yang akan diperoleh semula apabila proses penyenaraian FGVH selesai.

“Masyarakat luar FELDA mungkin bertanya mengapa peneroka FELDA menerima pelbagai sumbangan. Hakikatnya, dana itu bukan daripada kerajaan, sebaliknya dana dalaman FELDA sendiri,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad, berkata ia adalah pengiktirafan kerajaan atas ketabahan warga FELDA menempuh pelbagai dugaan dan ranjau terutama kekurangan kemudahan asas di tanah rancangan itu suatu masa dulu.

“Ia bagi mengiktiraf penat lelah peneroka memajukan tanah yang pada masa itu tidak memiliki bekalan elektrik dan sistem jalan raya yang baik. Nilai pemberian itu dijamin menyamai maksud ‘durian runtuh’ kerana ia dibuat sebagai satu lonjakan berganda kepada bonus peneroka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua warga FELDA akan meraih pelbagai manfaat dan faedah ketara hasil pemberian wang berkenaan.

“Saya pasti wang yang akan diterima nanti dapat merangsang lagi aktiviti ekonomi warga FELDA di pedalaman,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pemerhati pasaran, berkata semua 112,635 warga FELDA bakal meraih sekurang-kurangnya empat manfaat daripada penyenaraian FGVH.

Sebagai permulaan, mereka ditawarkan borang biru dalam tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian yang melayakkan mereka melanggan sejumlah saham dalam FGVH. Mereka juga mendapat dividen tambahan menerusi sebuah tabung amanah berdaftar yang memegang 20 peratus kepentingan peneroka dalam FGVH, dianggarkan bernilai RM3.7 bilion.

Selain itu, walaupun Koperasi Permodalan FELDA Bhd (KPF) tidak menjadi sebahagian daripada pelan penyenaraian FGVH, peneroka masih mendapat dividen daripada KPF menerusi pelaburannya dalam Felda Holdings Bhd (FHB).

Manfaat keempat pula adalah penyenaraian FGVH tidak membabitkan pindah milik tanah peneroka dan mereka akan terus menikmati hasil daripada ladang yang mereka uruskan. Penyenaraian hanya membabitkan sejumlah 355,846 hektar tanah milik FELDA yang akan dipajak oleh FGVH.

Ia tidak menyentuh walau seinci pun tanah milik peneroka dan lebih 1.6 juta ahli keluarga mereka yang berjumlah 500,000 hektar. FGVH yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan memilik modal pasaran berjumlah RM18 bilion apabila disenaraikan.

:: schawal & cst photo,awesome ::



Erkk alhamdulillah..kenyang..arini xmasak..beli je kat paso malam Tmn Teratai..
arini g sorang2,memandangkan ajah xdok,g Kedah 2minggu,
maka,aktiviti2 sosial pon cuti..
so,g paso pon sorang2 je...mengengkang aku bawak makanan sorang2 tadi..

Beli
 Kuew teow goreng,
Bihun sup
Nasi kerabu
Laksam
Rojak Mee
Laksa
Tau fuu Faa..

itu saje,tapi terhenjut2 la jugak aku jalan tadi,biase g be2,arini solo jerk...
balik umah mandi2,pas magrib baru makan..ha sekarang ni tengah kebentak sangat2 ni...semua balon...
licin,xde tulang nak bagi BILIS n CIPUT makan,,
hahamaap yer,nextweek paso aku bagi ko tulang ayam special...

-
-
-
-
-

sane sini orang dok cite pasal Scha n Awal kan..
pasangan yang sama cantik sama Padan..
xmacam Fasha n JUJAI...hikhikhikkkk..xbaikkknye aku...

aku pon nak cite la pasal scha n awal..
bukan nak cite pasal diorg yg sepadan tu,,
tapi nak share gambar2 Awal n Scha kawen..

by CST....








geramnye tgk gmbr2 die.awesome sgt2 la huuuuu...
pastu pastu pastu..member aku Wafiy ni pon terlibat ngan OP wedding schawal ni..
member segeng mase belajo dulu2..
huuu hebat ko wapi..tabik :)..
aku kawen dtg k...


wapi berbaju purple :)



pastuuuu amek gmbr aku mcm ko amek gmbr schawal..hahaa


sengetkan ...ni la wapi..n kecik..mase diorang kawen kat Bentong..


Makin xsabar nak kawen...erkkkk


selalu tau,bile dah feel nak berblog,tetibe ade je dtg mengaganggu...mcm entri ni la,
mlm tadi dah feel2 buat entri ni,tetibe tgk jam dah pukol 6.30 pagi.....


ooooooooooooooooooooooooo

ooooooo
oooooooooo


sah2,mlm tadi TERTIDO..

damn!]




Monday, May 7, 2012

:: kursus kawen...hihikhikkk,xsabar ::



wuhuu...penat drive pagi tadi xhilang lagi..gerak kol 6.30 dr segamat..sampai jb kol 9.30..
ujan lebat sepanjang jalan..
dah la drive sorang2.. fuhhhh...nan tokks

sampai2 je opis terus meeting..
haha ade diselitkan waktu masok opis...KALAU LAMBAT SMS je la..
susah sangat ke..
amek ko setepek..

patot laaa,tadi rupenyer semua dtg lmbt..

---------------------------------------------------------------------------------

weekend aritu ade kursus..okey kursus penting dalam hidup..
kursus yg akan kite amek sekali seumur hidup :)

sekali seumur hidup ...itupon ade sebab kalau nak sekali jeee..

KURSUS PRa-PERKAHWINAN..
Tempat : Pejabat Kadi Daerah Segamat
Masa : 8-5 petang..
Tarikh 5 Mei-6 Mei 2012


haaa amek kau...
baru la feeel nak kawen tu datang berlari2 masok sanubari ni..haha...

alhamdulilah,sepanjang 2 hari kursus ni,semuanye ok...
best dan kelako sangat2..
ape x nye...
BAB KAHWIN...
sape xsuke...

rata-rata yang join tu datang dengan pasangan masing2..
yang dtg ngan boyfrennyer lain
yang datang dengan tunangnye lain...

aku pulak memang sah2 x g ngan tunang TErcinte..(hamboiii)

sebab die awal2 dah amek mase kat u dulu..
sampai ahti kan..eeee gatal tau!..
org suh belajar lain,kursus kawen yg die kejar2kan...

yang pasti aku g kursus kawen ni ngan Eton..
My twin...kembar la,sebab same tarikh,,
BFF dari zaman sekolah teknik dulu lagi...



time lunc hour je,kitrg g makan luar,even makanan memang dah disediakan..huhu

hari ke2..melantak pizza..

1st day...

gambar manje..ok sumpah aku geli hahahha

hasilnye...

sijil kawen :P..........
Psst .....habis cmni je boleh x..tetibe dapat keje yg menimbon....


pssst lagi....jangan bgtau Amin yang i sebenarnya xsabau nak kawen..hikhikhikkkk..
yelah,2hari belajar munakahat :P

Thursday, May 3, 2012

:: anak sedare ke 7..Izz Zara Insyirah Bin Mohd Azizi ::



salam..selamat berbizi bizian mengadap pc memasing yo~

arini ntah nape,mood nak buat keje suam2 kuku je..
tapi ade gambar hot nak tunjuk..hehe


ni la baby Izz Zara Insyirah Bin Mohd Azizi...

anak along yang ke 4...
means anak sedare aku yg ke tujuh...
wuuuuu tujuh woooo....

ahaksss!!
die lahir 12 April 2012...
tapi sampai ke hari ni aku belom penah tgk muke die lagi...
she's still at ward...

coz die lahir xcukup bulan..7month..
berat pon xcukup...1.2 kg only...
dapat bayangkan kan ,betape comel n teeecitt je baby izz...

so arini genaplah 23 hari die dilahirkan..
tapi ntah bile andak nak dapat tengok awak izz...

nak cium2 pon xboleh...
pic ni along amek semalam,,tu pon amek curi2...
sebab baby pon duduk dalam bende alah ape ntah tu yg berlampu n berkaca tuuu...

yang boleh masok bilik die cume parents sahaja...
akak ipor aku dah lame balik umah..
so hari2 la die g hspital.
antar susu...
n baru semalam die dapat riba n peluk cium baby izz..


uhhhh rinduuu kot..sejak lahir xdapat pelok2...
semoga baby izz cepat sihat..
boleh balik umah...

Abang wafi,kak ngah,kak ari nak sangat tgk baby izz..

mmuahhh...


-------------------------------------

ok sambung buat kijo !!!