Followers

Search This Blog

Tuesday, July 26, 2011

:: Aku dan PJJ ::

Hye, sebelum tirai malam melabuhkan tirainya, jom kita kongsikan macam mana nak kekalkan percintaan jarak jauh.... Dari hasil pembacaan dan pengalaman sikit sebanyak, boleh la kita share2 tak banyak pun sikit kan....
Utk pengetahuan, saya sangat suka perhubungan jarak jauh ni. Sebab kata orang jauh dimata dekat dihati, dekat dimata, sakit hati. Hahahhaaha... Tak gitu? Secara tak langsung perhubungan jarak jauh ni membolehkan kita rasa rindu2 gitu... Banyak juga manfaatnya. Tapi macam mana nak kekalkan perhubungan jarak jauh ni? Susah ke? Tak lah!!!
 
Selalu bertanya khabar.
Ini penting. Dah duk jauh kan. Macam mana lagi kita nak bertanya khabar. Melalui hp aje la. Tapi jangan terlalu kerap nanti rimas. Dan jangan terlalu kurang. Tapi selalunya yang berjauhan ni suka kalau orang amik berat. Biasanya 3 kali sehari minimum kan. Pagi, tengahari dan malam. Takkan la 3 hari sekali kot! Melampau!! Tak ada perasaan ke???
Bertolak ansur
Kadang2 kita tak tau keadaan dia kat sana macam mana kan? Sibuk ke, penat ke. So selalu la bertolak ansur. Kalau katanya sibuk, kasi lah masa utk dia lunaskan tugasnya. Kalau katanya penat, kasi la masa utk dia rehat. Cuba fahami situasi dia disana.
 
Jadi pendengar yang baik
Kadang2 masalah kat pejabat kat tempat kerja tak tau nak luah kat sapa kan. Selalunya dia akan cari kita utk luahkan segalanya. So, jadilah telinga yang baik. Nasihatkan yang positif agar stressnya berkurangan. Jangan pulak jadi batu api. Kang naya pulak!
 
Sentiasa buat kejutan istimewa
Setiap pasangan sentiasa inginkan yang terbaik kan? So, tak salah kalau buat kejutan buat dia. Sesekali hantar la surat atau kad istimewa buat si dia kat sana. Atau bunga, hadiah atau sebagainya. Tanda ingatan kita pada dia. Selalu la buat kejutan yang positif. Jangan pegi hantar kad kawin pulak!! Pergh!!!.... Saya tak ajar.....
 
Bersua muka
Emmm, kalau dah lama sangat tak jumpa, apa salahnya jumpa sekali sekala kan. Kesian pulak stress duk tengok gambaq sampai nak tembus henpon. So, luangkan la masa untuk bertemu si dia disana. Tapi jangan buat bukan2 pulak! Pergh!!! Saya tak ajar jugak..... huwaaaa...
 
Adessss... So, pandai2 la korang ye. Sume dah besar boleh piker sendiri. Bagus jugak kalau sesekali dapat bersua muka setelah lama tak menjamu mata... Kan kan kan...


special thanks to puteri katek... ehh x..memang name belog die puteri katek,bukan aku memandai cakap die katek..hehehehe...

*Aku n amin memang olwez pjj,hope pas kawen xla..xsanggop..hehe*
 
 

0 komen lagi: