Followers

Search This Blog

Thursday, October 27, 2011

:: petue kuku cengkam >> aduiiii tolong tolong tolong,sakit ::

3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?

Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.


Cuma 3 cara di bawah saja yang saya pasti. :)


#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)


1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.

2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.

3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.

4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.



#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.


i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.


ini bukan keembung putih, tapi keembung ungu. carilah daun keembung putih yer
Gambar hiasan - Wikipedia


ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.

iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.

iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.

v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.



#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.


Caranya begini;


a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.

c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.

d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.


Begitulah 3 cara yang dapat saya kongsikan kat sini. Semoga anda yang menghadapi masalah ni segeralah mempraktikkan salah satu rawatan kuku di atas. Kalau anda ada cara lain, silalah kongsikannya di ruangan "ulasan" untuk manfaat bersama yer.


--------------------------------------------------------------------------------------------



errr errr tau x nape aku share mende alah ni??haiiyooo,kelmarin aku potong kuku,cinabet betol,terpotong slah..kuku aku ni memang jenis ke dalam,xmacam org lain,kuku same rate ngan isi kan...huhu kuku aku ni memang pesen ape pon aku xtau la...tapi tetap syukur :))....ade kaki!....

bile dah tersalah pototng,ade la part kuku yang tertinggal kat dalam isi tu..OMG sakit okey...sakit sangat....
semalam kemas bilik,ade aje la besi ape ntah jatoh tepat2 kat ibu jari kaki aku tuuuu...huhh serius rase nak nanges weyh....wuwuwuuwuuwuw~

betol ke org cakap kuku cengkam tu orgnyer pengotor?????hoiiit,tgk la dulu kuku tu kenape,kalau salah potong tu kire pengotor kerr??kuang ajaq la tu...yup,aku memang penah nampak org2 yang kene cagu tapi xngaku kene cagu,,eeeeeeee kotor..ibu jari bernanah,,pastu buruk lak tu rupe die...

aku nye ibu jari ni,punye la aku jage...jage betol...tapi terlampau jage sampai la jadik cnmni..huhuh sedeh!!...aku b4 ni pon penah jugak kene.ade la dekat setahun x kene ni,ni kene pulak,,rase nak pkai kasot tuu adiuu sakitnyer,nak berjalan pon malas..ni sambil2 wat keje + tande buku budak + update belog > aku sambil rendam kaki ngan air suam + garam ....ntah aku pon xtau pe fungsi..huhuhuu...

 >>kite google..sori n thanks...cengiini la rupe die

>>rendam kaki :))

wuwuwwuwuuww..aku dah bubuh minyak gamat,dah congkel2 isi kuku aku,pon x ok jugak,,wahh sedih n sakit gile..alallalalla,air dalam mangkok ni pon dah nak sejok,,baik aku angkat kaki,cuci kaki :))..ni kuku tgh lembot..ayuh,usahekan:))



psttt >> hati2 ye korang bile potong kuku :P

5 komen lagi:

laskar pelangi said...

info yg berguna la darling :)

~azillakhalison~ said...

hehe ...1stly..memang utk diri sendiri ni haaaa

wan habibah said...

kuku ku pon tgh sakit...

Asma said...

Anak sy br umur 2tahun kena cagu gak.nasib baik jumpa petua ni.

FAIZ said...

saya nak share, mungkin dapat membantu. benda ni berlaku minggu lepas. tapi tahap cengkaman saya masih diperingkat awal bengkak tapi masih kecil. saya ke klinik n doktor bagi cream untuk sapu n ubat tahan sakit. alhamdulilah nanah takde n tak bengkak. better pembaca blog ni rujuk klinik. mungkin doktor boleh cabut kuku o bg ubat lain.