Followers

Search This Blog

Monday, January 3, 2011

:: mau kurus tanpe makan ubat yg ntah ape2 efek die x ? ::


euwww..bace tajuk jer terus rase korang berkobar2 nak kurus kan..hahah..almaklum la aku nyer azam thun 2011 ni nak kuros kepade 48 kg..memandang skang ni dah 51 kg kan..ermmm tadi usha2 cari pil kurus lah,ubat kurus lah ape lah,jusmate 5 lah..ape lah..last2..jumpe petue ni..hehhe

aku jmpe petue ni kat page ni puspanita SPA..time kasih la bg petue yg sangat bergune utk org2 yg berazam kuros cam aku nih..hehe..okey check it out :)


jangan banyak cakap..ikot je...



  •  JANGAN BERLAPAR
    Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 
  • aku memang xbleh lapar,lapar sikit je nnti gigil satu bdn..serius u olss..

  • AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
    Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 
  • bende yg pahit,aiseh..lom penah cube lagi huuhu

  • MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
    Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 
  • rasenye tiap ari xsmapi 8 gelas kot..5 gelas jer kot :)

  • ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
    Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 
  • kompem2..sah.aku xsuke sgt air bergas ni :)

  • KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
    Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
  • aku xkuat masin..so ok la kot :)

  • AMBIL SARAPAN PAGI
    Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
  • bende ni~sarapan pagi..memang selalu aku x amek..bukan ape,,kdg2 rase xnak mkn pon..

  • MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
    Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. 
  • xgopoh..cume menikmati makann,tkut mknn dah hbis :P

  • KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
    Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 
  • cukop kunyah 40x..nasik dah jadik bubur hahah

  • Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit                                                      daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  • saye?kerap dan banyak..apekesss

  • Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. 
  • oo camtu ea..habisla ubat gg aku camni haha


  • Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 
  • lau cili jer lebih xelok gak ek haha..aku raje cili

  • Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 
  • suke giler cornflakes :)

  • Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan. 
  • diari ade..tapi untuk menunjuk perasaaan sahaje :) hehehe

  • Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
  • ye ,saye nak sihat dan kuros..bleh cmtu haha

  • Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 
  • paling suke masak asam pedas...masyukkk :)

  • Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan! 
  • suke carik pinggan yg cantek jer..bleh tarik mood nak makan ek..

  • Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. 
  • okeyg2..i will try :)

  • Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 
  • saye pentingkan makan dr shoping :)ape ppon perot no 1 haha

  • Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 
  • oooh yeahhh ~

  • Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
  • xminom air manis satu hari pon xpe...asalkan ade ais kosong :))

  • Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
          i.     Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
          ii.    Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
                kemudian sambunglah denagan menaiki lif
          iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
          iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
                Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
          v.   Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
                Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.





    okey..berita dan petue sampai..cume aku ni jer..nak praktikkan ke atau nak buat entrie aku thun ni banayak ke rhahha xmemasal kan..okeyh2..selamat mencube :)






















 INSYAALLAH :)

1 komen lagi:

Anonymous said...

Jom topup dulu di.... http://msbizprepaid2u.blogspot.com/